Ini Blog Gua ! Nurin Keisha's World: 2019
Instagram

Thursday, 21 November 2019

Review Filem Frozen 2

Sumber: Google 

Director : Jennifer Lee, Chris Buck
Cast : Idina Menzel ( Elsa ), Kristen Bell ( Anna ), Jonathan Groff ( Kristoff ) 
Genre:Animation,Comedy,Adventure, Musical
Release date : 21st November 2019

Synopsis : Elsa the Snow Queen and her sister Anna embark on an adventure far away from the kingdom of Arendelle. They are joined by friends Kristoff,Olaf and Sven.

Review :

Assalamualaikum. Akhirnya, setelah lama aku menunggu Frozen 2 keluar, release date je terus aku pergi. Aku taknak komen banyak, aku just nak terus direct apa yang aku nak cakap pasal Filem ni. 

Sebelum tu, aku menilai filem ni hanya dari mata seorang penonton biasa. Bukan pengkritik filem yang sentiasa nampak kekuatan dan kelemahan sesuatu filem tersebut.

Basically, Frozen II adalah sequel dari Frozen yang mendapat sambutan pada tahun 2013 ( if I'm not mistaken ). Frozen mengisahkan tentang Elsa yang mempunyai kuasa dan terpaksa memencilkan dirinya kerana tidak mahu mencederakan sesiapa dengan kuasa yang ada padanya manakala Anna pula terpaksa mencari Elsa yang membawa diri jauh dari Arendelle.

Frozen II pula menceritakan tentang Elsa yang ingin merungkai tentang masa silam The Kingdom of Arendelle. Aduh, tak reti la nak cakap bahasa baku ni. Kita santai-santai jelah ya? Okay, Elsa ni curious tentang satu rimba atau hutan yang pernah diceritakan oleh ayah dan ibu dia satu ketika dulu. Tambahan pula, ada sesuatu yang seperti memanggil dia untuk mencari kebenaran masa silam antara Arendelle dan rimba tersebut. Nak tau apa sesuatu tu? Pergi lah tengok. Takmau la jadi spoiler kan? Korang jugak akan tahu tentang siapa parents Elsa dan Anna yang sebenarnya. So, nak ikuti penggembaraan mereka mencari 'sesuatu' tersebut? Kena lah tengok!

So far, aku sangat sangat berpuas hati dengan graphic animasi ni. Sangat cantik dan amat memuaskan. Plot cerita yang menarik dan diselingkan dengan lawak jenaka si Olaf dan Sven. Kristoff pun lawak dalam Frozen II ni. Awal cerita ni kita disajikan dengan scene gembira dan lawak, sedih di pertengahan ( but it's still funny when Olaf is still there ) dan ending yang... Takmau cakap. Tengok sendiri.

Seperti biasa, musical yang diselingkan jugak sangat mengusik jiwaku yang peminat tegar lagu ini. Haha. Sangat tip top.And of course, kisah cinta si Anna dan Kristoff ni juga turut menarik perhatian aku.

Overall, I really enjoyed this movie. Recommended sangat untuk korang tengok. Especially with family okay! Sebab banyak pengajaran yang kita boleh dapat. 

Remember!!

Discover the past and find the truth!

Rate : 7/10 

Kenapa 7? Sebab.. Bagi aku adventure yang paling last tu dia tak berapa mencabar. Ini pada pandangan aku okay! Tapi aku still amazed dengan cara dia rungkaikan setiap persoalan yang timbul. Good job Disney!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 6 May 2019

SMTKL / TiKL


Assalamualaikum!

Dah lama rasa nya tak update blog ni. Nak kata bz takde lah bz mana. Tapi it's okay la upload sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Okay, harini 6 Mei 2019. Hari pertama puasa. So, aku nak ucapkan selamat berpuasa pada seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam. Semoga bulan Ramadan kalini menjadi bulan yang penuh barokah untuk kita semuaaa.

Untuk makluman semua, aku dulu sekolah di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai SMTKL / TiKL ( Technical Institute of Kuala Lumpur. Dah 4 bulan aku tinggal kan sekolah, tapi baru ada masa nak cerita sedikit tentang sekolah aku ni.

SMTKL ni ada 4 jurusan which is Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ( PKEE), Pengajian Kejuruteraan Awam ( PKA ),Pengajian Kejuruteraan Mekanikal ( PKM ) dan Pengajian Keusahawanan ( PKU ).

Ni aku listkan subjek yang akan dipelajari bagi setiap kursus.

PKEE,PKA,PKM

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Pendidikan Islam
6. Kimia
7. Fizik
8. Matematik Tambahan
9. Lukisan Kejuruteraan
10. Pengajian Kejuruteraan ( ikut kursus masing-masing sama ada PKEE,PKA, atau PKM.

PKU.

Semua diatas dari 1 hingga 8.
9. Prinsip Perakaunan 
10. Pengajian Keusahawanan.

So korang tau kan perbezaan dia? 

Pada pendapat aku, siapa yang rasa betul-betul berminat nak jadi engineer Dan betul-betul ada passion yang kuat, dialu alukan untuk apply sekolah teknik ni.

Sampai sini je coretan aku, maybe aku akan buat entri yang seterusnya pasal sekolah teknik ni. Nak habis kan semua dalam satu entri aku rasa tak sempat. Before that, I'll answer a few questions that frequently asked by my juniors.

1. SMTKL ada sediakan asrama ke?

Yuppp. SMTKL menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar yang memerlukan. 
Mostly belajar SMTLK memang akan ditawarkan untuk tinggal di asrama walaupun rumah kau sebelah sekolah. Kalau korang nak jadi outsider pun its okay, boleh je. Tapi tak ramai lah. Dalam puluh-puluh je yang jadi outsider.

2. Yuran sekolah dan asrama mahal ke? 

I'm not sure enough nak cakap mahal or murah sebab benda ni depends pada kewangan masing-masing. Bagi yang kaya, maybe yuran sekolah dan asrama tak berapa mahal bagi korang. Bagi yang sederhana pulak, maybe so-so. And yang kurang berkemampuan, it's okay because affordable la jugak. Korang akan puas hati lah sebab duit yang korang bayar tu worth it la sebab SMTKL ni memang banyak buat program kecemerlangan. No wonder la budak SMTKL pandai-pandai.

Yuran asrama dan yuran sekolah lain-lain tau. Yuran sekolah tu means PIBG lah kan? Sekarang mana ada dah yuran. Cuma kena bayar PIBG. Kalau tak silap below RM300. Yuran asrama pulak tak ingat lah berapa tapi ratus-ratus jugak. 

3. Banyak lelaki ke perempuan sekolah ni?

Aku tak faham sebenarnya apa masalah kalau banyak laki or banyak perempuan? Its just fine for you to be friend with them. Kalau kursus perdagangan ofkos lah banyak perempuan. Kalau kursus mekanikal, banyak laki. And for elektrik dan awam seimbang lelaki dan perempuan.

4. Jadual asrama padat tak?

Emmm aku taktau nak cakap pack ke tak. Balik sekolah pukul 2 petang macam tu lah. Kalau ada kelas tambahan pukul 4 lebih baru balik. Then kau free je petang tu. Pukul 6 dah kena get ready untuk pergi surau. Solat maghrib, isyak sampai pukul 9 then prep sampai pukul 10 lebih. Pastu boleh masuk dorm haa sukati lah nak buat apa pun.

Hari cuti lagi syokk wooo takde kelas. Boleh atur jadual kau sendiri. Nak tido dari pagi sampai petang ke kan. Tapi, jangan la buat macam tu. Gunakan masa sebaiknya untuk study.

5. SMTKL boleh outing tak?

To be frank NOPE! Tak boleh outing. Tapi parent boleh datang melawat bawak makanan or apa-apa je yang kau pesan. Kalau ada emergency, baru boleh keluar tapi kena minta izin warden dulu. Itupun wajib dengan parent. Macam kau urgent nak buat spek ke kan? Aku dulu cikgu yang bawak kan huhuhu. Andddd NO GRABCAR ALLOWED. Kalau balik kampung n kau perlukan grab, tak silap aku grab kena parking luar.

Emm banyak pula aku membebel kan. Okay, aku cuba jawab seringkas dan sepadat mungkin.

6. Boleh bawak fon tak?

Nope,tak boleh. Semua sekolah pun camtu. But, if kau datang dari jauh, macam Johor ke, boleh bawak tapi kena bagi warden pegang. 

7. Kemudahan kat asrama SMTKL?
  
Ada coway, air panas, bilik TV ( buka hari cuti je ) , ada bilik bacaan ( boleh stay up kalau rasa taknak dok kat dorm ), tandas shower ada toilet ada ( setiap aras ada ), bilik basuh, surau kecil, dekat dengan rumah warden, ampaian yang cukup dan luas dan mesin basuh. Nak basuh pakai tangan pun boleh.Kawasan asrama ada banyak bangku even asrama taklah luas mana. Ni ASPURI okay. ASPURA aku taktau.

9. Sabtu dan Ahad ada aktiviti ke?

Biasanya sabtu atau ahad pagi ada kelas mengaji kat surau. Kalau form 5, hari cuti memang wajib ada extra class. Kalau ada aktiviti ke apa biasa buat hari sabtu. Hari ahad tu free lah jugak. Depends lah. Kalau cikgu nak buat program, maka ada lah program nya.

10. Balik cuti macam mana?

2 minggu sekali. Depends pada cikgu kalau cikgu nak drag cuti or ada sekarang perubahan. Aku dulu masa form 5, pernah sampai sebulan lebih tak balik.

Okay cukup lah tu. Sekarang pertanyaan boleh komen di bawah. In shaa Allah akan di reply. Aku akan buat next entri untuk menceritakan lebih lanjut tentang SMTKL terchentaa ni. 

Bye!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen